Tuesday, February 8, 2011
Whitening Lotion & Body Wash
body whiten beauty luxury body fluid
250 gram
>SPF30
>effect in 28 days
>contains collagen,tea tree extract,vitamin C & E
>100% original
>flavor: (6/12/2010)
-ROSE 2
-COCO 3
-CHANEL 0
-CD 1
1. Chanel/purple: is this the best selling, and taste Fenfen, and to end on a bit sweet incense. Very sought-after, to get goods not be mad!
Fragrance: elegant scent of acetaldehyde
Before the taste: Glass orange blossom, acetaldehyde, of the flowers
In taste: Grass Jasmine, May Rose
After taste: Mai Suoer sandalwood incense, vetiver bourbon
2.COCO Miss: the popular 2007 a good aroma Oh, MM also bought a lot of pull.
Fragrance: fragrance and lovely scent
Before the flavor: lychee, small chang Veterinary Surgeons Board,
In taste: magnolia, blue ginger, pepper
After taste: jasmine, musk, amber
3. Rose/pink: elegant, warm and romantic fragrance of the rose smell, many people like, fresh and elegant nature, like the romantic choice.
Scent: warm and romantic scent
Before the taste: rose, bergamot
In taste: roses, carnations, fennel
After taste: rose, musk, white amber
4.CD /blue: not concentrated not short, relatively neutral mm purchased many, many men also like the flavor of it ~
Scent: sweet and enchanting oriental fragrance
Before the taste: heaven son, cranberries, reed grass
In taste: Orchid, cactus flower, water TH, pea
After taste: driftwood, musk, pine Haiti Ami
AnionBlue whitening emulsion is formulated with multi-whitening actions that fight against signs of dark skin using naturally-derived white bio active and multi-vitamins to reduce discoloration for a more even skin tone to lighten current skin tone for fairer skin and protect the skin from further skin darkening after sun exposure. In addition, it contains moisturizing ingredients to help smooths your skin to keep it soft and supple. Research and created by Korea CPL Biology science Dr. Niechans. Safe and contains natural whitening ingredients.
Anion Blue Lotion is a lotion which for skin whitening. Besides, it can helps skin 2 moisture and fair.
It helps lighter the scar too. When we apply on body, it can lighten the skin texture immediately. Because of this, it is very suitable for short sleve or when we wear bikini or singlet. When we go 4 dinner,we will scared tat our skin texture uneven. Anion Blue Lotion may help 2 even up the texture.
** suggestion: for better effect use together with salyr body wash
Monday, February 7, 2011
Pengalaman Seorang Pesakit Kanser Servik
PENGALAMAN menjalani hidup sebagai seorang pesakit kanser bukan sahaja menjadi igauan ngeri bagi empunya diri malah kesedihan tersebut turut dialami oleh ahli keluarganya juga. Hakikat ini pasti diakui benar oleh semua yang pernah berhadapan dengan salah seorang ahli keluarga penghidap kanser.
Walaupun Anne Bautista-Inlong, merupakan individu yang begitu prihatin dengan tahap kesihatan dirinya, beliau tidak terkecuali daripada menerima ketentuan takdir yang menjadikannya sebagai seorang yang pernah menghidap penyakit kanser serviks.
Bercerita mengenai peristiwa sedih yang pernah menyelubungi dirinya, Anne berkata, ia bermula selepas setahun berkahwin pada tahun 2002, ketika dia berusia 32 tahun.
“Atas kesedaran sebagai seorang wanita dan keinginan untuk menimang cahaya mata saya menjalani pemeriksaan rutin pap smear.
“Dalam tempoh enam bulan, saya menjalani ujian pap smear sebanyak tiga kali dan amat bersyukur kerana disahkan bebas daripada penyakit kanser serviks,” jelasnya membuka bicara.
Menurut Anne, dia tidak mengalami sebarang simptom kecuali sedikit pendarahan di antara waktu haid. Namun bagi pakar sakit puan, sebarang pengeluaran cecair atau pendarahan antara waktu haid dan selepas mengadakan hubungan seks bukanlah sesuatu yang normal. Justeru, pakar melakukan pemeriksaan mendalam dan akhirnya mendapati satu ketumbuhan kecil di bahagian dinding rahimnya pada Oktober 2003. Para doktor mencadangkan beliau melalui ujian biopsi dan keputusannya ketumbuhan itu didapati kanser malignan.
“Perasaan saya amat terkejut ketika itu, sedih, takut mati dan ditinggalkan suami bersilih ganti dalam kotak fikiran saya. Tambahan pula ketika itu saya baru mendirikan rumah tangga. Saya menjalani pemeriksaan dan pemantauan rutin oleh pakar ginekologi.
“Pada Disember 2003, saya memulakan kemoterapi sebanyak lapan sesi,” jelas Anne yang juga merupakan seorang guru tadika antarabangsa di Hong Kong.
Paling menyedihkan menurut Anne, penyakitnya bukan sahaja memberi kesan terhadap dirinya, malah turut mempengaruhi emosi seluruh ahli keluarganya. “Justeru, pada hari ini saya ingin memberitahu semua bahawa penyakit kanser serviks ini boleh dirawat dan dicegah. Paling penting memberitahu kepada masyarakat bahawa saringan secara berkala dan suntikan vaksin adalah dua cara yang boleh menjauhkan diri daripada penyakit ini.
“Kita tidak mahu keluarga menderita kerana penyakit kanser, sedangkan sesuatu boleh dilakukan dengan kecanggihan dunia perubatan kini,” ujar Anne yang kini disahkan oleh doktor bebas daripada kanser.
Wanita kelahiran Filipina ini berkongsi pengalaman dengan para wartawan dari beberapa negara dari seluruh dunia yang menghadiri Bengkel Untuk Wartawan bertajuk ‘Pencegahan Kanser Serviks dan HPV; Cabaran Untuk Hari Ini dan Esok’ di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Bengkel Untuk Wartawan anjuran Merck Sharp & Dohme (MSD) ini adalah salah satu program sempena Kongres Antarabangsa Terhadap Penyakit Berjangkit ke-13 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.
Tiga penasihat perubatan terdiri daripada Pengarah Ginekologi Onkologi Hospital Westmead, Australia, Dr. Gerry Wain; Pensyarah Kolej Perubatan Penang yang juga Penasihat Obstetrik, Ginekologi dan Onkologi Pusat Perubatan Gleneagles, Pulau Pinang, Dr. Suresh Kumarasamy dan Pengarah Kanan Hal Ehwal Polisi dan Perubatan Vaksin HPV untuk MSD, Dr. Randall N. Hyer, hadir pada bengkel tersebut.
Dr. Suresh mengakui ujian pap smear adalah satu ujian yang baik untuk mengelakkan kanser serviks, bagaimanapun ia bukanlah satu pengukur yang sempurna. “Namun dengan menjalaninya sebagai rutin, ia mampu mencegah penyakit itu dari menular ke tahap yang lebih berbahaya,” jelas beliau.
Menangani kanser serviks bukan saja sulit untuk pesakit dan doktor, komplikasi selepas pembedahan pula akan timbul seperti masalah pundi kencing, cirit-birit, sakit di bahagian abdomen, malah pesakit yang baru di peringkat pra kanser pun turut menanggung bahaya yang sama juga.
“Kanser serviks diketahui sebagai kanser kedua yang paling banyak menyerang wanita dan penyebab kematian di seluruh dunia.
“Kajian pada tahun 2002 mendapati, sebanyak 1,492 kes wanita diserang kanser ini dengan 766 kematian,” jelas beliau.
Apa yang boleh dilakukan untuk mengelak penyakit kanser ini ialah dengan pemeriksaan dan juga pengambilan vaksin HPV. Dr. Gerry pula memberitahu, kuman HPV bukan sahaja boleh menyerang wanita malah lelaki juga.
“Terdapat lebih daripada 100 jenis kuman HPV, daripada jumlah itu 30 boleh menjangkiti kawasan genital lelaki dan wanita yang sebahagiannya boleh mengakibatkan kanser serviks dan penyakit serius lain seperti ketuat genital dan kanser vulva,” ujar beliau.
Seperti yang kita semua sedia maklum, HPV berjangkit melalui perhubungan seks, ini boleh jadi melalui perhubungan kelamin atau sentuhan genital.
“Dianggarkan lebih 630 juta manusia dijangkiti virus ini di seluruh dunia, kira-kira separuh dari jumlah ini adalah orang dewasa yang aktif dalam aktiviti seks dan mereka yang berumur antara 15 hingga 24 tahun,” tambah beliau.
Di Australia, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah bajet untuk memberikan suntikan vaksinasi Gardasil secara percuma kepada pelajar perempuan. Ia terbukti mengurangkan kes penyakit kanser serviks di kalangan wanita Australia.

Sementara itu, menurut Dr. Suresh, walaupun vaksin Gardasil telah dua tahun diperkenalkan di Malaysia, ia masih belum digunakan secara meluas. “Kos vaksin tersebut ialah RM450 ke atas, namun bayangkan kos yang perlu ditanggung sekiranya anda telah disahkan menghidap penyakit tersebut,” ujarnya.
Dr. Randall turut mengingatkan wanita bahawa zaman kini mereka terdedah dengan kuman HPV kerana tidak tahu sejarah seks pasangan mereka.
“Walaupun seorang gadis itu baru pertama kali mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki tidak bermakna dia tidak boleh mendapat kanser serviks kerana faktor sejarah seks pasangannya yang tidak diketahui,” tambah beliau.
Justeru, Dr. Randall menyeru kepada orang ramai, pembuat polisi dan kerajaan agar mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan kes kematian akibat penyakit kanser serviks ini.

Kanser Servik
c
Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.
Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
Apa itu kanser serviks?
Barah serviks adalah diantara barah kerap terjadi terhadap wanita yang menyerang organ reproduksi. Ia terjadi apabila sel yang normal pada serviks (pangkal rahim) bertukar menjadi sel barah.Sebab ia terjadi?
Ia disebabkan oleh virus human papilloma yang berjangkit melalui hubungan seks. Apabila wanita terdedah kepada HPV, sistem imun badan selalu dapat menangkis serangan virus ini dari menjangkiti wanita tetapi, bagi sebahagian kecil wanita, virus berpeluang hidup bertahun-tahun sehingga ia menukar sel yang terdapat pada permukaan serviks kepada sel kanser. Separuh dari kanser ini terjadi pada mereka yang berusia 35-55 tahun.Dengan ujian saringan pap smear, kadar kematian kanser serviks berkurangan dengan banyaknya. Walaubagaimanapun ia masih merupakan pembunuh ke 2 terbanyak selepas kanser payudara.
Tanda dan gejala
Anda mungkin tidak mengalami sebarang tanda terutama pada peringkat awal. Apabila menjadi semakin serius, anda mungkin akan mengalami:- Pendarahan semasa bersama
- Pendarahan ditengah bulan
- Pendarahan selepas menopos
- Keluar lendir berdarah dan berbau busuk dari faraj
- Sakit semasa seks
Siapa Wanita yang berisiko untuk mendapat kanser cerviks?
Fakta berikut boleh meninggikan risiko anda untuk kanser serviks- Mempunyai pasangan berbilang
- Aktiviti Seks bermula sebelum usia 18
- Mengalami jangkitan kuman seperti syphilis, gonorhoea, chalmydia atau HIV
- Kurang daya tahan imun
- Merokok
Apa yang doktor akan lakukan sekiranya saya mempunyai gejala di atas?
- Ujian Pap
Doktor akan mengambil sedikit tisu pada permukaan serviks dan menghantar kemakmal . Ujian ini akan mengesan sebarang ketidaknormalan pada cerviks seperti sel pra-barah. Digalakan untuk mengambil ujian ini setiap tahun untuk mengesn kanser peringkat awal. Pengesanan awal boleh menyelamatkan nyawa. - Ujian HPV
Ujian ini boleh mengesan kuman HPV yang specifik terhadap kanser serviks seperti strain 16 dan 18, iaitu penyebabkan utama kanser pangkal rahim. - Colposcopy
Doktor akan mengunakan mikroskop yang khas untuk memeriksa pangal rahim anda untuk sebarang ketidaknormalan. Sekiranya ada, sedikit biopsi akan diambil dan dihantar kemakmal. Kadang-kadang biopsi kon akan dibuat sekiranya didapati sel barah sudah merebak lebih dalam. - Rawatan
Rawatan bergantung kepada keterukkan kanser tersebut dan sejauh mana ia sudah merebak. Sekiranya diperingkat awal pembedahan buang rahim akan disarankan dan pembedahan yang lebih radikal akan dilakukan sekiranya kanser sudah merebak keorgan organ berdekatan. Rawatan sampingan lain termasuk radiasi dan kemoterapi.
Bagaimana untuk mencegahnya?
Anda boleh mengurangkan risiko untuk mendapat kanser pangkal rahim dengan mencegah jangkitan kuman HPV. HPV merebak melalui hubungan seks, jadi pengunaan kondom boleh mengurangkan risiko HPV.Selain dari itu, anda juga boleh mengurangkan jangkitan HPV dengan:
- Berhubungan seks dengan 1 pasangan sahaja
- Elakkan hubungan seks pada usia muda
- Tidak merokok
- Mendapat imunisasi terhadap jangkitan HPV
- Suntikan Vaksin
Vaksin terhadap HPV
Sekarang sudah terdapat vaksin yang boleh mencegah kebanyakkan dari strain HPV yang menjadi punca kepada kanser serviks. Gadis seawal usia 13 tahun adalah digalakan untuk mengambil vaksin ini. Ia boleh mencegah sehingga 70% dari jangkitan HPV dan walaupun ia lebih efektif sekiranya diberikan sebelum gadis menjadi aktif secara seksual, ia juga disarankan kepada semua wanita sehingga usia 46 tahun.Dimanakah saya boleh mendapatkan suntikan vaksin ini?
Vaksin boleh didapati dimana mana klinik GP atau klinik pakar berdekatan
Subscribe to:
Posts (Atom)