Monday, February 7, 2011

Pengalaman Seorang Pesakit Kanser Servik

PENGALAMAN menjalani hidup sebagai seorang pesakit kanser bukan sahaja menjadi igauan ngeri bagi empunya diri malah kesedihan tersebut turut dialami oleh ahli keluarganya juga. Hakikat ini pasti diakui benar oleh semua yang pernah berhadapan dengan salah seorang ahli keluarga penghidap kanser.
    
Walaupun Anne Bautista-Inlong, merupakan individu yang begitu prihatin dengan tahap kesihatan dirinya, beliau tidak terkecuali daripada menerima ketentuan takdir yang menjadikannya sebagai seorang yang pernah menghidap penyakit kanser serviks.

Bercerita mengenai peristiwa sedih yang pernah menyelubungi dirinya, Anne berkata, ia bermula selepas setahun berkahwin pada tahun 2002, ketika dia berusia 32 tahun.

“Atas kesedaran sebagai seorang wanita dan keinginan untuk menimang cahaya mata saya menjalani pemeriksaan rutin pap smear.

“Dalam tempoh enam bulan, saya menjalani ujian pap smear sebanyak tiga kali dan amat bersyukur kerana disahkan bebas daripada penyakit kanser serviks,” jelasnya membuka bicara.

Menurut Anne, dia tidak mengalami sebarang simptom kecuali sedikit pendarahan di antara waktu haid. Namun bagi pakar sakit puan, sebarang pengeluaran cecair atau pendarahan antara waktu haid dan selepas mengadakan hubungan seks bukanlah sesuatu yang normal. Justeru, pakar melakukan pemeriksaan mendalam dan akhirnya mendapati satu ketumbuhan kecil di bahagian dinding rahimnya pada Oktober 2003. Para doktor mencadangkan beliau melalui ujian biopsi dan keputusannya ketumbuhan itu didapati kanser malignan.

“Perasaan saya amat terkejut ketika itu, sedih, takut mati dan ditinggalkan suami bersilih ganti dalam kotak fikiran saya. Tambahan pula ketika itu saya baru mendirikan rumah tangga. Saya menjalani pemeriksaan dan pemantauan rutin oleh pakar ginekologi.

“Pada Disember 2003, saya memulakan kemoterapi sebanyak lapan sesi,” jelas Anne yang juga merupakan seorang guru tadika antarabangsa di Hong Kong.

Paling menyedihkan menurut Anne, penyakitnya bukan sahaja memberi kesan terhadap dirinya, malah turut mempengaruhi emosi seluruh ahli keluarganya. “Justeru, pada hari ini saya ingin memberitahu semua bahawa penyakit kanser serviks ini boleh dirawat dan dicegah. Paling penting memberitahu kepada masyarakat bahawa saringan secara berkala dan suntikan vaksin adalah dua cara yang boleh menjauhkan diri daripada penyakit ini.

“Kita tidak mahu keluarga menderita kerana penyakit kanser, sedangkan sesuatu boleh dilakukan dengan kecanggihan dunia perubatan kini,” ujar Anne yang kini disahkan oleh doktor bebas daripada kanser.

Wanita kelahiran Filipina ini berkongsi pengalaman dengan para wartawan dari beberapa negara dari seluruh dunia yang menghadiri Bengkel Untuk Wartawan bertajuk ‘Pencegahan Kanser Serviks dan HPV; Cabaran Untuk Hari Ini dan Esok’ di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur. Bengkel Untuk Wartawan anjuran Merck Sharp & Dohme (MSD) ini adalah salah satu program sempena Kongres Antarabangsa Terhadap Penyakit Berjangkit ke-13 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Tiga penasihat perubatan terdiri daripada Pengarah Ginekologi Onkologi Hospital Westmead, Australia, Dr. Gerry Wain; Pensyarah Kolej Perubatan Penang yang juga Penasihat Obstetrik, Ginekologi dan Onkologi Pusat Perubatan Gleneagles, Pulau Pinang, Dr. Suresh Kumarasamy dan Pengarah Kanan Hal Ehwal Polisi dan Perubatan Vaksin HPV untuk MSD, Dr. Randall N. Hyer, hadir pada bengkel tersebut.

Dr. Suresh mengakui ujian pap smear adalah satu ujian yang baik untuk mengelakkan kanser serviks, bagaimanapun ia bukanlah satu pengukur yang sempurna. “Namun dengan menjalaninya sebagai rutin, ia mampu mencegah penyakit itu dari menular ke tahap yang lebih berbahaya,” jelas beliau.

Menangani kanser serviks bukan saja sulit untuk pesakit dan doktor, komplikasi selepas pembedahan pula akan timbul seperti masalah pundi kencing, cirit-birit, sakit di bahagian abdomen, malah pesakit yang baru di peringkat pra kanser pun turut menanggung bahaya yang sama juga.

“Kanser serviks diketahui sebagai kanser kedua yang paling banyak menyerang wanita dan penyebab kematian di seluruh dunia.

“Kajian pada tahun 2002 mendapati, sebanyak 1,492 kes wanita diserang kanser ini dengan 766 kematian,” jelas beliau.

Apa yang boleh dilakukan untuk mengelak penyakit kanser ini ialah dengan pemeriksaan dan juga pengambilan vaksin HPV. Dr. Gerry pula memberitahu, kuman HPV bukan sahaja boleh menyerang wanita malah lelaki juga.

“Terdapat lebih daripada 100 jenis kuman HPV, daripada jumlah itu 30 boleh menjangkiti kawasan genital lelaki dan wanita yang sebahagiannya boleh mengakibatkan kanser serviks dan penyakit serius lain seperti ketuat genital dan kanser vulva,” ujar beliau.

Seperti yang kita semua sedia maklum, HPV berjangkit melalui perhubungan seks, ini boleh jadi melalui perhubungan kelamin atau sentuhan genital.

“Dianggarkan lebih 630 juta manusia dijangkiti virus ini di seluruh dunia, kira-kira separuh dari jumlah ini adalah orang dewasa yang aktif dalam aktiviti seks dan mereka yang berumur antara 15 hingga 24 tahun,” tambah beliau.

Di Australia, kerajaan telah memperuntukkan sejumlah bajet untuk memberikan suntikan vaksinasi Gardasil secara percuma kepada pelajar perempuan. Ia terbukti mengurangkan kes penyakit kanser serviks di kalangan wanita Australia.
 
Sementara itu, menurut Dr. Suresh, walaupun vaksin Gardasil telah dua tahun diperkenalkan di Malaysia, ia masih belum digunakan secara meluas. “Kos vaksin tersebut ialah RM450 ke atas, namun bayangkan kos yang perlu ditanggung sekiranya anda telah disahkan menghidap penyakit tersebut,” ujarnya.

Dr. Randall turut mengingatkan wanita bahawa zaman kini mereka terdedah dengan kuman HPV kerana tidak tahu sejarah seks pasangan mereka.

“Walaupun seorang gadis itu baru pertama kali mengadakan hubungan seks dengan seorang lelaki tidak bermakna dia tidak boleh mendapat kanser serviks kerana faktor sejarah seks pasangannya yang tidak diketahui,” tambah beliau.

Justeru, Dr. Randall menyeru kepada orang ramai, pembuat polisi dan kerajaan agar mengambil langkah sewajarnya bagi mengurangkan kes kematian akibat penyakit kanser serviks ini.

9 comments:

  1. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  2. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete
  3. ANTARA KANSER YANG MAMPU DIRAWAT DAN BERJAYA DIUBATI :

    KANSER PARU-PARU
    KANSER USUS BESAR
    KANSER SERVIKS/PANGKAL RAHIM
    KANSER PUNDI KENCING
    LEUKIMIA
    KANSER REKTUM/DUBUR
    KANSER TULANG
    KANSER OTAK
    KANSER OVARI
    KANSER HATI
    KANSER NODUS LIMPA/LYMPHOMA
    KANSER PAYUDARA
    KANSER RAHIM
    KANSER PROSTAT
    KANSER PERUT
    KANSER PANKREAS
    KANSER PITUITARI
    KANSER KELENJAR LIUR
    KANSER VAGINA/FARAJ
    KANSER KULIT
    KANSER MULUT
    KANSER HIDUNG
    KANSER TIROID
    KANSER TEKAK
    KANSER TESTIS
    KANSER ESOFAGUS/SALUR MAKAN
    KANSER HEMPEDU/SALUR HEMPEDU
    DAN LAIN-LAIN KANSER

    ReplyDelete
  4. Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.sebulan akan turun sebanyak 60 hinga 80 militer or 0.6 cm atau 0.8 cm.ubat saya.andai 4 cm sel ketumbuhan kanser.bajet 6 bulan untuk sembuh sepenuh nya.andai 8 cm ketumbuhan.bajet 8 hinga 10 bulan untuk sembuh sepenuh nya.insya allah.

    memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan terpilih memang tidak akan jumpa di mana mana.percaya lah..
    ..
    .merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete
  5. KAnser adalah perkara yang paling ditakuti.. tapi ramai orang tak sedar, gula putih juga menyumbang kepada berlakunya kanser..

    ReplyDelete
  6. Where to buy titanium trim - Tioga Arts
    Find ford fusion titanium 2019 out how to buy titanium trim - Tioga titanium wire Art | silicone dab rig with titanium nail Shop for titanium dental implants and periodontics titanium pure titanium earrings trim or other materials at Titanium Art | Find our best online and direct to you from

    ReplyDelete